Home

Menjalankan kerja-kerja home decoration, di blog ini kami menjual decoration item, seperti gubahan bunga dan banyak lagi

Tuesday, June 7, 2011

About our Hantaran ^_^

Antara kelebihan MyInspire dalam menghasilkan setiap hantaran kami antaranya :

  •  Ciri gubahan bunga yang tidak seragam pada setiap dulang di mana gubahan bunga tidak tertumpu di  satu bahagian. 
  • Setiap dulang yang di hasilkan mempunyai kedudukan bunga yang berbeza-beza mengikut kesesuaian dulang,bentuk bunga dan barangan isi hantaran.
  • Upah dan kos barangan yang berpatutan.
  • Penataan gubahan di selangi dengan juntaian riben-riben dan kain net/lace yang menambah manis pada gubahan. 
  • Warna-warna aksesori memainkan peranan yang penting dalam setiap gubahan bagi melengkapi bunga yang di pilih. Ini bagi mewujudkan hantaran tampak menarik.
* Walaupun ianya agak perkara simple untuk di bincangkan tetapi ianya mampu  
   memaparkan/menggambarkan ciri-ciri Si Pemberi kepada bakal penyeri hidupnya.





Kami menerima tempahan hantaran dengan upah bagi setiap dulang RM35.00 sahaja tidak termasuk barang perhiasan bagi setiap dulang dan kos sewa dulang. Anda boleh membeli barang perhiasan hantaran anda sendiri atau kami memilih barang perhiasan untuk setiap dulang mengikut budget yang kami anggarkan sesuai dengan budget yang anda inginkan, kami membeli barang hiasan mengikut konsep dan tema serta mengikut pemilihan warna yang dibuat oleh anda. Kami juga turut memberikan cadangan kepada konsep hantaran anda mengikut keinginan citarasa anda.

Sebarangan rundingan tentang hantaran boleh berhubung dengan Fara ditalian 0133995732.

Thursday, May 19, 2011

Hantaran Bertema Warna Unggu & Kelabu

Hantaran ini bertemakan warna kelabu dan unggu dan merupakan hantaran pertunangan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Hantaran ini masih belum dilenkapi dengan barang hantarannya kerana hantaran ini akan dibawa ke Kedah dan kekosongan dulang tersebut merupakan pengisian makanan seperti kek dan buah-buahan yang akan letakan apabila hantaran ini berada di Kedah.











Wednesday, May 18, 2011

Hantaran Bertema Warna Biru (Turquoise) & Kelabu

Gabungan warna ini yang sangat saya gemari. Merupakan gabunngan warna yang sesuai. Hantaran ini merupakan hantaran untuk pasangan Nabiha & Hubby di Penang.











Hantaran Bertema Warna Biru & Kuning

Idea gabungan warna yang menarik yang dapat dilihat. Ianya juga dapat diubah dengan menukarkan tona warna tersebut dengan lebih terang atau lebih gelap mengikut citarasa bagi mewujudkan kelainan dan keunikan hantaran anda.












Monday, October 25, 2010

Hantaran

Kami menerima tempahan hantaran pertunangan ataupun perkahwinan, sebarang tempahan memerlukan penetapan konsep & warna tema yang anda inginkan.


Untuk gubahan hantaran perlulah mengetahui perkara berikut:

  •  Jumlah dulang hantaran yang anda inginkan
  •  Bajet untuk hantaran anda
  •  Warna tema pilihan anda 
  •  Dulang hantaran dan alas hantaran anda,sewa atau beli?
  •  Senarai barang hantaran.



Tema Warna: Putih , Kelabu / Silver & Hijau














Tema Warna: Hijau/ Lime, Cream & Kuning 


Gambar hantaran ini gubahan dari kedai hantaran diambil sebagai contoh warna yang digunakan


Ini juga merupakan contoh hantaran dari kedai hantaran sebagai contoh



Tema Warna: Purple, pink & cream